Impian Untuk Menjana Pendapatan Pasif Dengan Forex Trading

Alhamdulillah aku telah berjaya jumpa apa yang aku cari selama ini, iaitu untuk menjana pendapatan pasif dengan Forex trading.
Tapi, masa aku mula-mula berjinak dgn Forex dulu aku tamak la. Dalam otak set nak dapatkan 10% sehari. Boleh baca balik post aku bulan tahun 2012 dulu. Memang susah la sebab aku ni bukannya dapat duduk depan laptop atau menghadap chart sepanjang masa dengan komitmen yg aku ada.
Berikutan kegagalan aku 4 tahun lepas, aku berehat panjang dari merenung forex chart.
Setelah sekian lama, bulan Julai lepas aku tiba-tiba rujuk balik dengan akaun forex yang telah lama aku tinggalkan. Aku tahu mesti ada something yg aku salah buat & menyebabkan aku gagal.
Rupanya, target aku tu besar sangat. Aku kemudiannya tekun mencari robot yang sesuai untuk tujuan trading & untuk memastikan akaun forex ku akan profit secara konsisten.
Kali ini, aku tidak terburu-buru untuk mendapatkan profit 10% sehari & ingin cepat kaya. Aku gunakan demo akaun dan mencuba beberapa robot bagi memastikan poket ku tidak koyak lagi.
Buat masa ini, aku hanya memantau akaun beberapa orang rakan yang mempunyai modal untuk mendapatkan pendapatan pasif melalui forex.
Dulu, aku kemaruk untuk grow akaun dari modal $10 dan menjadikannya $137k dalam masa 100 hari. Kini aku sedar bahawa cita-cita seperti itu amat sukar untuk dicapai, lebih-lebih lagi dengan jadual waktuku yang padat & tahap disiplin ku yang teruk.
Sekarang ini, aku fokus untuk mendapatkan keuntungan dalam lingkungan 7% ke 10% sebulan dengan modal di antara $1k ke $10k.
Mengikut kiraanku, jika 40% dari keuntungan 10% sebulan itu terus dikekalkan di dalam akaun & ianya akan grow sehingga $505k.
Kenapa 40%?
Ye lah, yg 60% lagi tu withdraw la tiap bulan. Tapi kalau nak biarkan semua profit stay dalam akaun pun ok jgk. Lagi masyuk. Tapi aku takkan galakkan la.
So persoalannya sekarang, mana nak dapatkan $10k tu… Semoga urusanku dipermudahkan.
Untuk memudahkan penerangan aku, boleh rujuk gambar di bawah. Perlu diingat, ilustrasi di bawah hanya sekadar teori sahaja & apa-apa risiko hendaklah anda tanggung sendiri.
10-100-bulan