Sekadar Update Ringkas

Wah, ternyata sudah begitu lama aku tidak meng-update blog ini.

Maafkan aku kerana aku bukan sengaja membiarkan blog ini terdampar sedemikian rupa. Kadang-kala aku terasa seolah-olah diperhatikan. Aku tidak kisah diperhatikan, tapi jika tujuan pemerhatian itu adalah untuk melihat aku jatuh, adalah lebih baik untuk aku berdiam diri dahulu.

Buat masa ini, alhamdulilah aku ada sebuah pekerjaan tetap yang dapat aku harapkan untuk tujuan membayar komitmen-komitmen penting dalam hidup ini. Ya, aku maksudkan hutang piutang.

Aku teringat suatu ketika dahulu, aku tidak perlukan sebuah pekerjaan tetap seperti ini kerana income ku masuk bagaikan air paip yang mengalir mencurah-curah. Mungkin ada hikmahnya semua ini terjadi. Mungkin Allah sayangkan aku dan tidak ingin aku tersesat terlalu jauh dalam segala cubaan di dalam dunia ini.

Masanya telah tiba untuk aku kuatkan semula semangatku dan membangunkan semula perniagaan online yang aku pernah jalankan dahulu secara part time dulu buat masa ini. Doakan semoga aku berjaya.

Terima kasih & Assalamualaikum.