Musim Bubok Datang Lagi

Wah, dah lama aku tak update blog ni. Asyik busy memanjang sampaikan tiada masa untuk post gambar yang aku ambil beberapa hari lepas.

Kali ni aku nak post tentang bubok sebab sekarang ni tengah bandar Miri tengah kecoh dengan aktiviti membuat belacan sempena dengan musim bubok ni. Aku sempat menjenguk Batu Satu (tidak jauh dari Lutong) untuk membeli beberapa kilo bubok (shrimps) beberapa hari lepas. Nampak gayanya musim bubok sudah kembali. Pakcik ku yang mencuba nasib menangkap bubok menggunakan paka’ cuma dapat menangguk beberapa kilo sahaja gara-gara aktiviti melengkong (menangkap bubok menggunakan bot) yang terlalu dekat dengan pantai.

Jadi, kalau ada modal tu, lebih elok la kita sama-sama pergi beli bubok untuk masak cucur. Kalau nak buat belacan, rasanya mungkin lebih elok kalau bawa umpan kertas warna merah ke Batu Satu :p

Tapi kalau nak buat belacan (shrimp paste) memang agak sesak nafas jugak la beli sebab harga bubok sekarang ni dalam sekitar RM6 – RM8 sekilo. Memandangkan dah beberapa tahun tiada bubok terpaksa jugak la beli. At least tak payah la keluar dalam RM40 ke RM60 untuk sekilo belacan.

Satu tips utk dikongsi – Kalau nak beli bubok murah untuk dijadikan belacan, beli la waktu petang, sebab masa tu harga nya dah turun sikit. Iye lah, penjual nya pun nak cepat-cepat habiskan stok. Kalau pergi awal pagi memang tak ada chance la nak tawar harga. Biasa lah😉

Maybe minggu depan aku akan ke pantai Pulau Melayu atau Lutong untuk ambik gambar aktiviti memaka’ bubok untuk dikongsi bersama. Di bawah ni ada beberapa lagi gambar yang aku sempat snap di Batu Satu masa orang tengah busy berurusan jual-beli bubok.

Sekian, wasalam!